Akaun malaysianrelief.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Tabung Bantuan Kecemasan Menghadapi Monsun 2021

Tabung Bantuan Kecemasan Menghadapi Monsun 2021

Sudah menjadi kebiasaan untuk Malaysia menghadapi musim tengkujuh setiap tahun bermula kira-kira pada bulan November sehingga bulan Mac pada tahun berikutnya.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 3 November 2021 dan akan berterusan sehingga Mac 2022. Untuk fasa awal Monsun Timur Laut, episod hujan lebat dijangka akan berlaku di beberapa buah negeri di belah pantai timur dan Johor, Manakala, pada awal Januari dan Februari 2022, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Sabah dan Sarawak.


MRA menyeru agar kita semua bersatu, bersiap sedia dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan. Banjir pasti surut, yang tidak seharusnya surut adalah semangat dalam menghadapi musibah ini.


Help Line Services